02 Oktober 2010
cetusan rasa
Ikuti cetusan rasa blog GENERASI PEWARIS FELCRA dan hayatilah cerita Jin yang dipaparkan itu.
28 September 2010
SYUKOR, ALHAMDULLILAH DAN TERIMA KASIH FELCRA
FELCRA BHD dalam melaksanakan AMANAH yang dipertanggungjawabkan, selaku agensi pelaksana dalam memajukan tanah dengan tanaman padi dan sawit. Juga memajukan peserta-peserta FELCRA dalam bidang keusahawanan, antara pelbagai peranan dan fungsi bagi jaminan kebajikan para peserta terus terpelihara. Pelbagai langkah yang diambil dalam memastikan kesinabungan generasi peserta-peserta FELCRA.
Langkah yang pro aktif diambil dalam memberikan jaminan pendapatan peserta-peserta FELCRA. Peserta-peserta kini digalakkan ceburi dalam bidang keusahawanan dan tidak hanya bergantung pada pendapatan dari hasil ladang yang sering mengalami kejatuhan harga. Apabila berlaku perkembangan keluarga, maka bahagian atau syer dalam pemilikan tanah akan berkurangan. Sebagai contoh jika satu-satu keluarga memiliki 5 atau lebih ahli keluarga, apa bila dibuat pembahagian pemilikan tanah jika dulunya pemilik asal memiliki 5 - 10 ekar dan akan mengecil jika dibahagikan pada waris-waris. Dan ini melibatkan kurangnya pendapatan yang diterima. Langkah dan pendekatan FELCRA mengalakkan para peserta ceburi bidang keusahawanan adalah tepat demi kebaikan peserta FELCRA.
Pegawai-pegawai yang diamanahkan oleh pengurusan FELCRA, khususnya Bahagian Pembangunan Peserta, melakukan langkah-langkah yang pro aktif dan bersunguh-sunguh bagi memajukan para peserta. Pelbagai tindakan dibuat, adakan kursus di setiap lapisan umur peserta, bermula dari anak-anak peserta dan semua yang terlibat dengan pemilikan tanah peserta. Kini usaha-usaha FELCRA dalam memajukan peserta ternyata berjaya. Dan kini terdapat Usahawan dikalangan peserta-peserta hasil dari pelbagai program yang di ambil oleh FELCRA. TERIMA KASIH semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung dikalangan Pegawai dan anggota FELCRA yang secara jujur dan iklas dalam melaksanakan AMANAH yang diberikan. "Moga-moga khidmat bakti yang diberikan itu beroleh ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT, Insya'Allah.
Program Latihan dan Bimbingan Berterusan Usahawan Berdikari - Latihan Usahawan Lasak Khas yang kini sedang berjalan, julung-julung kalinya di adakan, tempoh program selama 6 bulan, ini menunjukkan FELCRA benar-benar serius dalam memajukan peserta-pesertanya.
Ini merupakan langkah yang wajar diberikan PUJIAN kerana program kursus ini begitu menitikberat pada kejayaan peserta.
Latihan Usahawan Lasak Khas ini bukan hanya dilaksanakan didalam bilik kuliah tetapi proses sebenar sebagai Usahawan. Membuat jualan sebenar di lokasi umum dan ini mendedahkan keadaan yang sebenar proses jualan.
Ada antara peserta tidak pernah berhadapan dengan situasi sebenar jualan, program ini benar-benar bermenafaat dan pendedahan pada program-program selama 6 bulan akan terus memberikan keyakinan pada para Usahawan FELCRA. Seramai 38 Usahawan yang menyahut cabaran bagi menghadiri program ini. Pihak perunding Smart Paradise Corporation Sdn sebagai pemandu arah dalam program ini. Apa yang menarik dalam program ini, selain jadual yang begitu bermenafaat, ianya juga turut menyediakan pengisian program untuk kesihatan iaitu senaman Tai Chi. Senaman Tai Chi yang senonim dengan masyarakat cina tetapi di'melayu'kan dan ini menjadi kan para peserta begitu teruja dengan senaman ini.
Di senaraikan 38 Usahawan yang nanti akan melakar kejayaan di akhir program ini, Insya'Allah. Pelbagai produk yang di usahakan oleh usahawan-usahawan dan melalui bimbingan serta nasihat dari pihak perunding yang diberikan Amanah oleh FELCRA, ianya nanti akan terus membantu para usahawan berkaitan. Pelbagai proses akan berlaku pada Usahawan dan Produk, ini adalah bagi meningkatkan pendapatan para usahawan berkaitan.
Kejayaan program ini 99 peratus bergantung pada para Usahawan, samada sedia berubah dan tidak lagi bergantung atau 'dipayungi'. Jika terus mengharapkan dibantu, meminta-minta dan semuanya bergantung harap pada FELCRA, tidak kemana-mana lah Usahawan berkenaan. Sikap Syok Sendiri dalam perniagaan hanyalah merugikan diri sendiri. Jika sekadar pandai salahkan orang lain tanpa sedari kekurangan diri yang wajar di perbaiki, inilah usahawan tidak ketentuan hala tuju.
Insaf pada kesilapan lalu, sedar diri dan sedia menerima pandangan orang lain, ini nanti akan menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat.
FELCRA melalui peruntukkan yang disalurkan oleh pihak kerajaan, melakukan pelbagai pendekatan bagi membantu para pesertanya dan sewajarnya kita kenang serta berterima kasih. Sesunguhnya orang-orang yang tidak tahu bersyukor dari kalangan orang-orang kufur pada nikmat.
Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, program Latihan Usahawan Lasak Khas yang di biayai oleh FELCRA ini beroleh kejayaan, Insya'Allah
kualiti produk Usahawan FELCRA
PEKASAM yang dikeluarkan oleh Usahawan FELCRA melalui R&D lebih 3 tahun bagi kawalan dan jaminan kualiti. Antara produk yang mendapat sambutan dipasaran, pelbagai jenis ikan yang di jadikan PEKASAM. Ikan air tawar seperti puyu, sepat, talapia, loma, tebal sisik, terboi, patin, jelawat, tongsan dan bagi jenis-jenis ikan air masin seperti kembung, sadin, gelama, plata, seludu dan pelbagai jenis ikan-ikan yang mengikut permintaan pasaran. Bagi tujuan ekspot ke luar negara, Syarikat Annisa Global iaitu pengeluar Pekasam utama di kalangan Usahawan FELCRA, telah mengujudkan kerjasama dengan penyelidik dari Universiti tempatan bagi tujuan R&D. Penggunaan Asam Gelugor dalam proses memasamkan pemeraman PEKASAM, langkah kreatif dan inovasi ini bagi memastikan keselamatan pengguna. PEKASAM keluaran Annisa Global telah berada di pasaran lebih 10 dan sepanjang tempoh itu PEKASAM Annisa telah mengalami pelbagai penambahbaikkan pada kualiti produk. Pengesahan ujian makmal bagi mematuhi piawaian dan akta makanan. Pembungkusan yang menarik dengan kerjasama FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan, antara anak syarikat FELCRA BHD. Pada pengedar yang berhasrat untuk menjadi rakan niaga bagi memasarkan PEKASAM, amat di alu-alukan dan terdapat lebih 20 produk lain ia itu barang-barang keperluan harian yang juga dapat di niagakan oleh para pengedar. Beras, Kordial Roselle, Minyak Masak, Sadin, Air Menerial, Kicap, Kerisik, Bahulu, Pes Soto Muar, Pes Pecal, Pes Asam Pedas Johor, Pes Nasi Beriani, Pes Mee Bandung Muar, Dodol, Rempeyek, Tumpi, Karipap, Roti Canai, Kerepek Pisang, Buah Kurma, Kopi Tumbuk, Kek Buah dan pelagai lagi produk-produk keperluan harian pengguna. Hubungi, Haji Nadzri 013 255 2000 untuk menjadi rakan niaga pelbagai produk berkualiti keluaran pengusaha-pengusaha MUSLIM - Produk Berkualiti Milik Anda - lawati blog HeMAT dan Haji Nadzri , saksikanlah movie di'youtube'
KORDIAL, AIR MINUMAN BERPERISA & BERKABONAT yang dikeluarkan oleh Usahawan FELCRA begitu berkualiti. Pengeluarannya di kawal bagi menentukan tahap kualiti dan keselamatan. Perasa asli dan penggunaan bahan pengawit di kawal. Pelbagai perisa yang dapat memenuhi citarasa pengguna. Pemborong dan pengedar, hubungi en. Mohamad Amaturrahman 017-5694096 dan Mohd. Fouzi 012-9328584
KEK dan Pestry serta TEPUNG KEK keluaran Usahawan FELCRA dari Penang amat menarik. Memberikan kemudahan pada pengguna dalam menyediakan kek, bagi yang tidak pernah membuat kek, gunalah Tepung Kek cuma tambahkan air dan telur, kek yang cantik serta sedap sedia terhidang. Sambutan pengguna sangat-sangat menggalakkan dan dalam memberikan kemudahan para pengguna mendapat produk, pemborong dan pengedar di alu-alukan untuk bersama-sama meraih keuntongan bersama dalam perniagaan Kek, Pestry dan TEPUNG KEK, hubungi puan Rafizah 019-4751499
PUTU KACANG keluaran yang berkualiti dari Usahawan FELCRA dari Kedah darul Aman. Proses pengeluaran yang dikawal bagi jaminan kualiti produk, PUTU KACANG boleh di dapati sepanjang masa dan bukan hanya pada musim-musim perayaan saja. Hubungi puan Amiruniza 012-4121742
MAKANAN RINGAN pelbagai jenis dan produk makanan ringan yang dikeluarkan oleh Usahawan-Usahawan FELCRA. Para pemborong dan pengedar diperlukan bagi memasarkan produk-produk makanan ringan yang dikeluarkan secara komersial ini, hubungi puan Nor Hasnan 019-4644598 dan puan Khairunnisaa 019-4948654,
PAGODA PEDAS satu-satunya makanan unik yang dikeluarkan oleh Usahawan FELCRA dari Kuala Nerang, Kedah. Makanan ringan yang unit ini amat mendapat sambutan kerana resepi warisannya. Kesedapannya tidak dapat dinafikan lagi, permintaan amat tinggi khususnya pada musim perayaan. Dan PAGODA PEDAS ini boleh didapati sepanjang masa, hubungi en.Ahmad 013-4069769
Produk berkualiti USAHAWAN FELCRA
Akhbar, Majalah serta alat-alat tulis yang di usahakan oleh Usahawan FELCRA dari Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Perniagaan warisan keluarga lebih 15 tahun lalu. Hubungi cik Nurul Ilyana 017-5800702
KEREPEK UBI yang dikeluarkan oleh Usahawan FELCRA dari Bruas, Perak mempunyai rasa yang sedap, rangup dan rapuh. Kualiti di titikberatkan dalam proses pengeluarannya. Pengeluaran secara komersial bagi menampung permintaan yang tinggi sepanjang masa, hubungi puan Fauziah 012-5075098 dan puan Rodziatullaili 05-7910501/019-4235507
KUEH BAKAR yang diusahakan oleh Usahawan FELCRA Gugusan Lekir, Sitiawan, Perak antara yang menarik, kesedapannya kerana gebu dan ramuan yang baik. KUEH BAKAR ini boleh di dapati sepanjang masa, hubungi puan Siti Fatimah 05-6922927/017-4940712
ANYAMAN ROTAN yang dikeluarkan oleh Usahawan FELCRA Kawasan Ramuan China, Lubuk China, Melaka merupakan satu-satu pengusaha kraftangan berasaskan rotan. Keluaran berkualiti dengan rekabentuk yang menarik dengan pelbagai bentuk bagi kesesuaian pengguna dan beranika hiasan manik, hubungi en.Jasmi Jalil 012-6131581
BAHULU kueh tradisional yang kini diusahakan oleh Usahawan-Usahawan FELCRA. Beranika bentuk yang menarik dengan beranika rasa. Terdapat kepelbagaian BAHULU bagi memenuhi permintaan pengguna. Hubungi en. Zainal 012-3043788 dan Che Zaiton 019-5179820
BUTIK / BENGKEL JAHITAN pakaian yang diusahakan oleh Usahawan FELCRA di Kawasan FELCRA Changkat Lada, FELCRA Lekir dan FELCRA utara. Hasil kerja yang menarik, yang sentiasa mendapat sambutan ramai dan kini menawarkan peluang perniagaan pada wakil, agen dan pengedar. hubungi puan Rosnizaifa 013-5153554, puan Saparina 013-5253489, Puan Noor Aini 017-5336447, puan Rohani 017-5811886 dan puan Norkhairatul Hafniza 017-4220250
ICE BLENDED kini mendapat sambutan yang menggalakkan dan pulangan keuntongan amat baik. Usahawan FELCRA dari FELCRA Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis, satu-satunya usahawan yang menceburi dalam bidang ICE BLENDED. Anika rasa yang menyelerakan, agen dan pengedar produk ICE BLENDED, hubungi cik Nur Syawani 014-7573892
KOPI ASLI atau KOPI TUMBUK - "PURE" atau ada "POWER" bagi pengemar kopi, rasa yang benar-benar kopi sebenar. Pengusaha Usahawan FELCRA yang membuat atau mengusahakan perusahaan minuman kegemaran pengguna. Terdapat beberapa pengusaha khususnya dikawasan BALING, Kedah. Tempat yang senonim dengan perusahaan kopi TUMBUK. Rasa yang memikat selera, cita rasa kopi sebenar dan berkhasiat. Hubungi puan Saarah 019-5590803, puan Khadijah 019-5232237 dan en. Shafie 019-5292717/017-4477153
CENDAWAN antara yang mendapat sambutan dari pengguna, khasiat dan makanan yang baik untuk kasihatan. Usahawan FELCRA dari Kupang, Baling Kedah ini juga membekalkan beg-beg benih CENDAWAN yang dapat menghasilkan CENDAWAN dalam tempoh 3 bulan. Harga serendah RM 2.00 dan produk yang berkualiti, hubungi en. Mohd Mokhtar 019-4767382
Produk keluaran Usahawan FELCRA
KEREPEK PISANG dari Usahawan FELCRA dari Kupang, Kedah Darul Aman. Pengeluaran KEREPEK PISANG secara komersial, kawalan kualiti dan pembungkusan yang menarik. Terdapat pelbagai perisa KEREPEK PISANG dikeluarkan, pemborong/pengedar hubungi en. Che Mat 019-4188601
Telur Masin yang diusahakan oleh cik Rabiyatul Azura Abu Bakar. merupakan perusahaan keluarga. Ianya diusahakan secara kecil-kecilan dan mampu menjana pendapatan. Pengeluaran kini antara 30 pack ke 50 pack dan setiap satu pack 10 biji dipasarkan dengan harga RM7.00 Produk yang dikeluarkan ini amat laris dikawasan FELCRA Gugusan Lekir, Sitiawan Perak. Proses penyediaan Telur Masin ini begitu menitik beratkan kualiti, dengan resepi tradisional keluarga, Telur Masin ini dikawal penggunaan garam. Boleh dicadangkan pada semua pengguna kerana keluaran Telur Masin yang diusahakan oleh cik Rabiyatul Azura ini KURANG MASIN. Juga bagi pengembangan rangkaian perniagaan, cik Rabiyatul Azura turut mengusahakan pelbagai kueh & biskut, para pengguna boleh hubungi cik Rabiyatul Azura di talian telefon 05-6915272
Telur Masin yang diusahakan oleh cik Rabiyatul Azura Abu Bakar. merupakan perusahaan keluarga. Ianya diusahakan secara kecil-kecilan dan mampu menjana pendapatan. Pengeluaran kini antara 30 pack ke 50 pack dan setiap satu pack 10 biji dipasarkan dengan harga RM7.00 Produk yang dikeluarkan ini amat laris dikawasan FELCRA Gugusan Lekir, Sitiawan Perak. Proses penyediaan Telur Masin ini begitu menitik beratkan kualiti, dengan resepi tradisional keluarga, Telur Masin ini dikawal penggunaan garam. Boleh dicadangkan pada semua pengguna kerana keluaran Telur Masin yang diusahakan oleh cik Rabiyatul Azura ini KURANG MASIN. Juga bagi pengembangan rangkaian perniagaan, cik Rabiyatul Azura turut mengusahakan pelbagai kueh & biskut, para pengguna boleh hubungi cik Rabiyatul Azura di talian telefon 05-6915272
PORCELEIN atau barangan SERAMIK yang dipasarkan oleh puan Nor Jamilah Mohd Noor amat menitik berat soal-soal yang berkaitan HALAL. Walaupun ini bukannya makanan tetapi produk keluaran Nor Jamilah sesuai digunapakai. setiap rekabentuk yang dikeluarkan begitu eksklusif dan reka bentuk serta harga yang menarik . Perniagaan ini diusahakankan secara komersial dan telah dipasarkan keluar negara. Antara negara yang telah dipasarkan produk ini adalah China, Dubai, Indonesia, Arab Saudi dan beberapa negara lain. Melalui syarikat NJ SWEET TOUCH Enterpris, puan Nor Jamilah ingin mengembangkan perniagaan, untuk itu wakil atau agen seluruh Malaysia amat dialu-alukan. Turut dipasarkan oleh puan Nor Jamilah adalah pelbagai makanan ringan dan barangan hantaran majlis pertunangan/perkahwinan yang diusahakan oleh perkumpulan wanita FELCRA iaitu Wanita Dinamis FELCRA atau di sebut sebagai WADIRA. Sebagai FELCRA Bukit Tampoi yang banyak menerima bimbingan dari FELCRA Bhd. Pelbagai tawaran yang menanti pembeli, lebih-lebih lagi para agen. SEGERA hubungi puan Nor Jamilah di talian 017-4368647
PAU ALONG yang kini diusahakan secara komersial dengan pelbagai perisa yang menyelerakan. Usahawan FELCRA ini mengeluarkan produk makanan sejukbeku yang amat mementingkan KUALITI produk. PAU ALONG telah mendapat pasaran kerana keenakkan yang menepati pilihan selera penguna.Untuk 'syer' perniagaan bersama semua rakan-rakan, ALONG FOODs mengalu-galukan agen atau pengedar bagi bersama-sama 'berkongsi' keuntongan dalam perniagaan ALONG FOODs. Hubungi en. Abdul Nasir 012-2899897 bagi kawasan tengah ( Selanggor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor) atau en.Shahruddin 017-2191732 bagi kawasan Pantai Timur dan Utara ( Kelantan, Terengganu, Perak, Penang, Kedah, Perlis ).
MARUKU MAK UDA - "Sedap' "Ranggup' dan "BEST", inilah yang boleh diluahkan oleh penguna. Resepi tradisi sekian lama diusaha oleh pengusahanya yang senang dipanggil MAK UDA. Maruku Mak Uda sering kali mendapat tempahan berulang kali dari para pengguna kerana kesedapannya. Usahawan FELCRA ini sering kali mendapat tempahan Maruku bagi pelbagai majlis atau jamuan. Walaupun Maruku terkenal dikalangan kaum India, Maruku Mak Uda juga mendapat tempahan dari pelbagai bangsa termasuk cina dan india. Hubungi puan Rabiah Shaari di talian 019-5297527
LABU SAYONG yang terkenal di negeri Perak malah ada yang menyatakan "tidak SAH datang ke Perak jika tidak membawa ole-ole LABU SAYONG". Reka bentuk yang pelbagai dan tidak lagi hanya tempat menyimpan air. LABU SAYONG kini dalam 'tranformasi' dengan mengkomersial produk kraf terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan. Perusahaan yang sebelum ini hanya sebagai perusahaan tradisional dan kini telah mampu melonjak pendapatan. Dari rekabentuk yang menarik, pelbagai produk hiasan dari Labu Sayong di hasilkan. Antara produk Labu Sayong yang menarik ialah Lampu Tidur, bekas hiasan dan pelbagai produk lain yang tentunya menarik minat para pengguna. Keluaran usahawan FELCRA ini begitu menarik dan kini menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke negeri Perak, para agen dan pengedar hubungi en. Ahmad Jamhuri 017-5965090/05-7763371 atau en.Muszafar 017-5339151
KUEH KARAS keluaran Usahawan FELCRA Lubuk Sireh, Perlis ini amat unik, selain mengekalkan tradisi kueh melayu ianya juga mengekalkan ciri-ciri keaslian KUEH KARAS. Keenakkan Kueh Karas ini begitu terasa kerana rasa yang SEDAP dan tidak terlalu manis. Sangat sesuai dijadikan hidangan pada minum petang, hubungi puan Che Jah 017-5777471 untuk rasai keenakkan KUEH KARAS.
KUAH PECAL keluaran cik Siti Zarina Usahawan FELCRA Gugusan Lekir, Sitiawan, Perak merupakan produk berkualiti. KUAH PECAL yang di'pack' kering begitu "mesra" pengguna, mudah disediakan, hanya campurkan air panas dan pecal yang sedap dapat dinikmati. Wakil penjual, agen dan pengedar hubungi Cik Zarina 05-6919177/017-5817883
REMPEYEK yang "ranggup" diusahakan secara komersial oleh Usahawan FELCRA Jeniang, Kedah Darul Aman. Menyelerakan dan sesuai sebagai hidangan makanan petang atau sambil memandu supaya tidak mengantuk. Kesedapan REMPEYEK yang di usahakan ini adalah kerana rasanya yang benar-benar teruja. Hubungi puan Rohani di talian 019-5930131.
Langgan:
Catatan (Atom)