FELCRA BHD dalam melaksanakan AMANAH yang dipertanggungjawabkan, selaku agensi pelaksana dalam memajukan tanah dengan tanaman padi dan sawit. Juga memajukan peserta-peserta FELCRA dalam bidang keusahawanan, antara pelbagai peranan dan fungsi bagi jaminan kebajikan para peserta terus terpelihara. Pelbagai langkah yang diambil dalam memastikan kesinabungan generasi peserta-peserta FELCRA.
Langkah yang pro aktif diambil dalam memberikan jaminan pendapatan peserta-peserta FELCRA. Peserta-peserta kini digalakkan ceburi dalam bidang keusahawanan dan tidak hanya bergantung pada pendapatan dari hasil ladang yang sering mengalami kejatuhan harga. Apabila berlaku perkembangan keluarga, maka bahagian atau syer dalam pemilikan tanah akan berkurangan. Sebagai contoh jika satu-satu keluarga memiliki 5 atau lebih ahli keluarga, apa bila dibuat pembahagian pemilikan tanah jika dulunya pemilik asal memiliki 5 - 10 ekar dan akan mengecil jika dibahagikan pada waris-waris. Dan ini melibatkan kurangnya pendapatan yang diterima. Langkah dan pendekatan FELCRA mengalakkan para peserta ceburi bidang keusahawanan adalah tepat demi kebaikan peserta FELCRA.
Pegawai-pegawai yang diamanahkan oleh pengurusan FELCRA, khususnya Bahagian Pembangunan Peserta, melakukan langkah-langkah yang pro aktif dan bersunguh-sunguh bagi memajukan para peserta. Pelbagai tindakan dibuat, adakan kursus di setiap lapisan umur peserta, bermula dari anak-anak peserta dan semua yang terlibat dengan pemilikan tanah peserta. Kini usaha-usaha FELCRA dalam memajukan peserta ternyata berjaya. Dan kini terdapat Usahawan dikalangan peserta-peserta hasil dari pelbagai program yang di ambil oleh FELCRA. TERIMA KASIH semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung dikalangan Pegawai dan anggota FELCRA yang secara jujur dan iklas dalam melaksanakan AMANAH yang diberikan. "Moga-moga khidmat bakti yang diberikan itu beroleh ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT, Insya'Allah.
Program Latihan dan Bimbingan Berterusan Usahawan Berdikari - Latihan Usahawan Lasak Khas yang kini sedang berjalan, julung-julung kalinya di adakan, tempoh program selama 6 bulan, ini menunjukkan FELCRA benar-benar serius dalam memajukan peserta-pesertanya.
Ini merupakan langkah yang wajar diberikan PUJIAN kerana program kursus ini begitu menitikberat pada kejayaan peserta.
Latihan Usahawan Lasak Khas ini bukan hanya dilaksanakan didalam bilik kuliah tetapi proses sebenar sebagai Usahawan. Membuat jualan sebenar di lokasi umum dan ini mendedahkan keadaan yang sebenar proses jualan.
Ada antara peserta tidak pernah berhadapan dengan situasi sebenar jualan, program ini benar-benar bermenafaat dan pendedahan pada program-program selama 6 bulan akan terus memberikan keyakinan pada para Usahawan FELCRA. Seramai 38 Usahawan yang menyahut cabaran bagi menghadiri program ini. Pihak perunding Smart Paradise Corporation Sdn sebagai pemandu arah dalam program ini. Apa yang menarik dalam program ini, selain jadual yang begitu bermenafaat, ianya juga turut menyediakan pengisian program untuk kesihatan iaitu senaman Tai Chi. Senaman Tai Chi yang senonim dengan masyarakat cina tetapi di'melayu'kan dan ini menjadi kan para peserta begitu teruja dengan senaman ini.
Di senaraikan 38 Usahawan yang nanti akan melakar kejayaan di akhir program ini, Insya'Allah. Pelbagai produk yang di usahakan oleh usahawan-usahawan dan melalui bimbingan serta nasihat dari pihak perunding yang diberikan Amanah oleh FELCRA, ianya nanti akan terus membantu para usahawan berkaitan. Pelbagai proses akan berlaku pada Usahawan dan Produk, ini adalah bagi meningkatkan pendapatan para usahawan berkaitan.
Kejayaan program ini 99 peratus bergantung pada para Usahawan, samada sedia berubah dan tidak lagi bergantung atau 'dipayungi'. Jika terus mengharapkan dibantu, meminta-minta dan semuanya bergantung harap pada FELCRA, tidak kemana-mana lah Usahawan berkenaan. Sikap Syok Sendiri dalam perniagaan hanyalah merugikan diri sendiri. Jika sekadar pandai salahkan orang lain tanpa sedari kekurangan diri yang wajar di perbaiki, inilah usahawan tidak ketentuan hala tuju.
Insaf pada kesilapan lalu, sedar diri dan sedia menerima pandangan orang lain, ini nanti akan menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat.
FELCRA melalui peruntukkan yang disalurkan oleh pihak kerajaan, melakukan pelbagai pendekatan bagi membantu para pesertanya dan sewajarnya kita kenang serta berterima kasih. Sesunguhnya orang-orang yang tidak tahu bersyukor dari kalangan orang-orang kufur pada nikmat.
Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, program Latihan Usahawan Lasak Khas yang di biayai oleh FELCRA ini beroleh kejayaan, Insya'Allah