08 Januari 2011

Pasaran produk usahawan Felcra

WADIRA - Wanita Dinamis FELCRA merupakan pertubuhan yang dikalangan peserta-peserta khususnya dari kalangan wanita samada isteri peserta, anak peserta dan peserta wanita. Kegiatan WADIRA antaranya kegiatan sosial seperti menganjurkan program kemasyarakatan seperti majlis pengajian dan program yang melibatkan ekonomi.
Pelbagai produk berkualiti yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh WADIRA ini, namun pasaran yang terhad menyekat usaha-usaha yang dilakukan ini.
Kini, pemasaran produk yang diusahakan oleh usahawan-usahawan Felcra  dibuat dengan pelbagai pendekatan. Kesediaan pelbagai pihak yang sedia menyokong atau membantu memasarkan produk-produk ini. Jalinan kerjasama bagi memasarkan produk yang dikeluarkan oleh usahawan Felcra telahpun dibuat oleh badan yang diamanahkan ini. Sebagai langkah awal, pada 01/01/2011 satu perundingan telah pun dibuat bagi mengujudkan jaringan pemasaran di Lembah Klang.
05/01/2011 satu lagi perbincangan dibuat bagi mengujudkan jaringan pengedaran produk usahawan Felcra di kawasan utara. Dijangkakan segmen pasaran yang dicadangkan merangkumi 10 - 20 ribu pengguna dan jenis produk yang dijangka mendapat pasaran ialah makanan ringan seperti kerepek pisang, rempeyek, maruku dan pelbagai produk lain.
Produk-produk keluaran usahawan-usahawan Felcra sememangnya berkualiti dan mempunyai citarasa yang benar-benar memenuhi selera pengguna. Inilah  pengakuan jujur dari para 'buyer' yang ditemui.
Dengan penampilan yang menarik, produk-produk ini mudah mendapat pasaran dan rasa yang begitu sedap dengan veriariti yang pelbagai.
Produk makanan ringan yang dikeluarkan dengan pembungkusan yang kecil yang dapat dibeli dengan harga RM 1, RM 2 dan RM 3, ini antara pendekatan yang dibuat bagi memudahkan para penguna.
Bagi kesesuaian segmen pasaran, produk-produk ini nanti akan di buat ujian makmal untuk menentukan fakta nutrisi. Juga nanti akan menampilkan dengan pembungkusan yang lebih menarik.
Juga terdapat produk bukan makanan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan Felcra. Barangan kraf seperti beg, labu sayong, jahitan dan pelbagai lagi yang diusahakan oleh Wadira ini.
Untuk tujuan tempahan, rundingan pengedaran produk dan jaringan perniagaan hubungi Haji Nadzri 013 255 2000
- Terima Kasih atas kerjasama anda.