Pada 28/12/2010 bertempat di Majestic Hotel, Ipoh Perak Darul Ridzuan para usahawan Felcra telah mengadakan perjumpaan, perbincangan dan memutuskan untuk mengujudkan sebuah badan bagi tujuan pembangunan Perniagaan, Pengusaha, Produk dan Pemasaran. Ini adalah bagi membantu sesama usahawan dalam bidang keusahawanan.
En.Mohd Fauzi Haji Mohd Tahir Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Peserta yang turut hadir pada program berkenaan bersama-sama para pegawai dari Ibu Pejabat Felcra dan Pejabat-Pejabat Wilayah khususnya dari bahagian Pembangunan Peserta.
Program ini julung-julung kalinya dianjurkan atas inisiatif para peserta iaitu para usahawan Felcra yang mengikuti program latihan berterusan usahawan berdikari yang dianjurkan oleh Felcra Bhd bersama Smart Paradise Corporation Sdn Bhd. Latihan yang diikuti selama 6 bulan oleh para usahawan Felcra ini yang bermula pada September 2010 dan berakhir pada Februari 2011. Pelbagai tahap usahawan yang mengikutinya, dari yang berpendapatan RM 40.00 sebulan hinggalah yang telah mencapai pendapatan RM 40,000.00 sebulan.
Kepelbagaian ini merupakan satu jaringan yang mantap untuk para usahawan bertukar-tukar pandangan dalam menguruskan perniagaan.
Jika sebelum ini pendekatan yang diambil oleh Felcra bagi membangunkan usahawan dari kalangan peserta Felcra begitu baik dengan memberikan kursus, pembiayaan melalui Program Ekonomi Peserta -PEP, mengikuti ekspo/karnival jualan dan pelbagai program amat bermenafaat pada para usahawan. Namun pendekatan yang dilakukan oleh Felcra wajar di sokong oleh para usahawan-usahawan yang sebelum ini telah banyak mendapat faedah darinya.
Dengan penubuhan badan yang akan bergerak seiring dengan Felcra Bhd dalam pembangunan peserta khususnya dalam bidang keusahawanan. Terdapat para pengusaha/usahawan Felcra yang terlibat dalam bidang keusahawanan ini masih lagi tidak mampu untuk mengikuti pelbagai proses/prosedur dalam menyediakan produk khususnya dalam makanan. Pelbagai syarat yang wajar dipatuhi khususnya yang melibatkan undang-undang seperti akta pemakanan. Perlebelan produk yang melibatkan fakta nutrisi, ujian makmal, barcode dan pelbagai lagi yang sepatutnya dibuat oleh pengeluar produk makanan. Inilah pendekatan yang dibuat oleh badan yang akan menyelaras proses bagi membantu sesama usahawan.
Bagi memasarkan produk yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan Felcra, sepatutnya wajar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Felcra sebagai badan yang berfungsi bagi membangunkan tanah-tanah para peserta juga mengambil pelbagai pendekatan dalam membangunkan para peserta khususnya dalam meningkatkan ekonomi peserta Felcra. Langkah seiring badan yang akan berfungsi membantu sesama usahawan ini, selaraskan pembangunan usahawan dan sedia berdikari dalam bidang keusahawanan.
Jalinan kerjasama yang baik antara pengurusan Felcra khususnya Bahagian Pembangunan Peserta dengan para peserta khususnya usahawan-usahawan sejak dulu lagi amatlah membantu para usahawan. Dan kini dengan adanya badan yang akan bertindak bagi membantu sesama usahawan-usahawan Felcra.
Moga-moga badan yang ditubuhkan nanti dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, Insya'Allah